Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA WARGA TUDM DI PANGKALAN UDARA SUBANG

info

Selangor, 14 Mac 2024 - YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Pangkalan Udara, Subang.

YB Menteri Pertahanan juga menyantuni warga TUDM dan menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 20 orang warga TUDM sebagai inisiatif meringankan beban kepada golongan yang memerlukan khususnya warga ATM dalam suasana menyambut Ramadan. 

Beliau seterusnya mengadakan lawatan ke tapak penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Blok G2 bagi meninjau keadaan kediaman dan persekitaran yang didiami oleh Warga Kerja Pertahanan serta keluarga.

Kemudiannya, YB Menteri Pertahanan menyampaikan mock cheque peruntukan keseluruhan Senggaraan RKAT TUDM bagi tahun 2024 berjumlah RM69.5 juta kepada Panglima Tentera Udara serta peruntukan Senggaraan RKAT dan Blok Penginapan PU Subang bagi tahun 2024 berjumlah RM7.01 juta. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan; YB Adly bin Zahari serta Panglima Angkatan Tentera. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my