Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN PERTAHANAN 2025

mindef

KUALA LUMPUR, 15 April 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan 2025 yang diadakan di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH.

Majlis yang disambut secara sederhana ini dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sebagai tanda penghormatan atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025 jam 7.10 malam.

Sebagai sebahagian daripada pengisian majlis, turut diadakan penyampaian sumbangan Hari Raya berupa wang tunai RM500 secara one-off kepada 30 penerima dalam kalangan warga pertahanan yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu, lapan orang anak Veteran ATM yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah turut menerima Bantuan Kebajikan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Jumlah keseluruhan sumbangan yang disampaikan bernilai RM26,000.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; para tetamu jemputan serta pegawai kanan awam dan tentera.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my