KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2024 – Majlis Serah Terima Tugas Panglima Tentera Laut di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman.
Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob telah menyerahkan tugas Panglima Tentera Laut kepada pemangkunya Laksamana Madya Dato' Zulhelmy bin Ithnain.