KUALA LUMPUR, 10 Mac 2024 - Â YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan menandatangani Memorandum Persefahaman yang berlangsung antara Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Memorandum kerjasama ini adalah merupakan persefahaman yang dimeterai bagi penganjuran beberapa aktiviti dan program meliputi pembudayaan penabungan di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional untuk anak-anak ATM kemasukan tahun 1 bagi tahun 2024.
Turut disampaikan juga sumbangan pendidikan MADANI kepada sekolah-sekolah ATM serta sumbangan peruntukan senggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah ATM bagi tahun ini.