KUALA LUMPUR, 25 Julai 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Muhammetnyyaz Mashalov, Duta Besar Turkmenistan ke Malaysia.
Pertemuan pertama kali ini telah memberikan ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang mengenai potensi kerjasama pertahanan yang boleh diadakan serta menjalinkan diplomasi pertahanan di peringkat antarabangsa.