PERANCIS, 5 Julai 2025 - Dalam rangka lawatan rasmi ke Perancis, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berpeluang menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Coalition of Defence Industry Malaysia (CDIM) bersama tiga entiti utama Perancis dalam sektor maritim, pertahanan darat dan udara-darat, serta aeroangkasa, iaitu GICAN, GICAT dan GIFAS.
CDIM, yang ditubuhkan tahun lalu sebagai persatuan industri pertahanan Malaysia, berperanan membuka ruang kerjasama pemain industri tempatan dalam memacu pertumbuhan dan inovasi bidang pertahanan negara.
Perkongsian strategik ini dijangka memperkukuh keupayaan industri pertahanan Malaysia, mempersiapkan negara menghadapi landskap modern warfare yang kian mencabar, serta memacu ekosistem pertahanan tempatan ke tahap lebih berdaya saing.