KUALA LUMPUR, 12 Januari 2025 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin hadir bagi memberi sokongan dan semangat kepada pelatih #PLKN3.0 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah malam semalam.
Beliau turut meninjau kawasan sekitar pusat latihan antaranya dewan makan dan blok penginapan para peserta.Â
Sepanjang pelaksanaan PLKN ini, Kementerian Pertahanan akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada para pelatih agar mereka dapat menjalani latihan dengan keadaan yang selesa dan kondusif.Â