PARIS, 5 Julai 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala bersama Menteri Angkatan Tentera Perancis, TYT Sébastien Lecornu, sebelum mengakhiri lawatan rasmi ke Republik Perancis.
Pertemuan ini merupakan kesinambungan kepada pertemuan pertama di Singapura pada Jun lalu semasa IISS Shangri-La Dialogue 2025.
Malaysia dan Perancis sepakat untuk memperbaharui komitmen dalam memperkukuh hubungan serta kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Pelbagai perancangan turut dirangka, termasuk pembangunan industri pertahanan tempatan dan perolehan aset strategik penting demi memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara sentiasa terjamin.