BERLIN, 13 Mei 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Persekutuan Republik Jerman, TYT Boris Pistorius semasa di UN Peacekeeping Ministerial 2025.
Pertemuan tersebut membincangkan kerjasama pertahanan di peringkat antarabangsa, termasuk usaha dalam misi pengaman, latihan ketenteraan bersama, perolehan aset, serta cabaran terhadap kestabilan serantau.
Pada masa yang sama, Jerman menzahirkan penghargaan kepada Malaysia selaku Pengerusi ASEAN atas penerimaan sebagai pemerhati dalam “Experts’ Working Group” (EWG) semasa Permukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Pulau Pinang baru-baru ini.
Kedua-dua negara menzahirkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama ke arah pencapaian matlamat bersama, sambil menegaskan bahawa kestabilan dan keamanan di rantau Asia-Pasifik bukan sekadar keutamaan serantau, malah merupakan suatu keperluan sejagat.