Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MENTERI PERTAHANAN MEMBENTANGKAN AKU JANJI DI UN PEACEKEEPING MINISTERIAL 2025

mindef

BERLIN, 14 Mei 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin membentangkan pledge atau aku janji bagi memastikan kejayaan usaha pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di UN Peacekeeping Ministerial 2025.

Malaysia telah menyatakan komitmen baharu dalam usaha pengaman PBB dengan menawarkan beberapa bentuk sumbangan strategik iaitu:
📌Menyediakan satu lagi batalion sekiranya diperlukan pihak PBB dalam atur gerak misi pengaman.
📌Meningkatkan keupayaan pasukan MALBATT di UNIFIL melalui penubuhan unit pemusnah bahan letupan (EOD). 
📌Malaysia juga meneruskan peranan melalui Malaysian Peacekeeping Centre (MPC) dengan menyediakan latihan dan kursus kepada pasukan pengaman antarabangsa.
📌Malaysia terus komited memperkukuh penyertaan anggota pengaman wanita selaras dengan agenda Uniformed Gender Parity Strategy (UGPS). 
📌Negara juga bersedia menghantar Mobile Training Teams (MTT) Perubatan untuk memberi latihan kesihatan kepada pasukan pengaman negara lain.
📌Negara bersedia untuk menghantar ketumbukan PDRM bagi tugas-tugas kepolisan sebagaimana yang diperlukan dalam  PBB.

 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my