Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MENTERI PERTAHANAN MENGADAP KEHADAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA SULTAN BRUNEI

info

BRUNEI, 9 Julai 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menghadiri Majlis Mengadap Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di  Istana Darul Iman. 

YB Menteri Pertahanan mewakili Kerajaan Malaysia menzahirkan penghargaan atas kerjasama pertahanan yang erat antara Malaysia dan Brunei di peringkat serantau dan antarabangsa, termasuk kerjasama dalam operasi pengaman antarabangsa di United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

Kerajaan Malaysia turut merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan kerajaan Brunei dalam misi mencari Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei baru-baru ini.

 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my