Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MENTERI PERTAHANAN MENYAKSIKAN MAJLIS MENANDATANGANI PEMETERAIAN PERJANJIAN ANTARA KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA DAN MCMC

mindef

LANGKAWI, 23 Mei 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyaksikan Majlis Menandatangani Pemeteraian Perjanjian antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). 

Perjanjian ini ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali mewakili Kerajaan Malaysia dan Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025.

Melalui pemeteraian ini, MCMC dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama melaksanakan inisiatif strategik yang komprehensif bagi membangunkan sistem radar pertahanan udara jarak jauh untuk TUDM. Sistem radar baharu ini akan meningkatkan keupayaan pemantauan dan kawalan ruang udara di wilayah selatan Semenanjung Malaysia, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan keselamatan serta kedaulatan negara.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my