Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MENTERI PERTAHANAN MENYAKSIKAN SYARAHAN UMUM PM DI UNIVERSITI SORBONNE, PARIS

mindef

PARIS, 5 Julai 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hadir bagi menyaksikan syarahan umum yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Universiti Sorbonne, Paris.

YAB Perdana Menteri telah diberi penghormatan menyampaikan syarahan bertajuk “Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement” yang menekankan kepentingan perkongsian pertumbuhan intelek dan budaya antara kedua-dua wilayah.

Beliau turut menegaskan bahawa perkongsian global yang maju hari ini terbina atas asas pengiktirafan terhadap kepelbagaian, keadilan dan kesaksamaan.

Eropah dan ASEAN diseru untuk terus membina semula kepercayaan bersama serta memperkukuh persefahaman dalam dunia yang saling bergantung dan berhubung rapat antara satu sama lain.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my