JOHOR, 13 April 2025 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah menyempurnakan perasmian Stesen Minyak BHPetrol yang terbaharu di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
BHPetrol merupakan syarikat milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), sama ada secara langsung atau melalui pegangan tidak langsung. Melalui prestasi perniagaan yang kukuh, BHPetrol dijangka dapat terus menyumbang dividen yang mampan kepada LTAT, sekali gus memberi manfaat kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia.
Syarikat seperti BHPetrol memainkan peranan strategik dalam memperkukuh penguasaan industri minyak oleh syarikat tempatan. Selain itu, inisiatif mereka dalam program latihan dan pembangunan kemahiran turut membantu memperkasa tenaga kerja tempatan dengan kemahiran relevan yang menyumbang kepada pembangunan negara.