LAOS, 20 November 2024 – Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin bersama delegasi hadir mewakili Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-18 di Lao PDR. Kehadiran ini sebagai bukti Malaysia terus komited dalam usaha memupuk keamanan dan keselamatan serantau.Â
Perbincangan dalam mesyuarat kali ini membawa kepada persetujuan berkaitan beberapa ketetapan utama menerusi pengukuhan aspek pertahanan serantau yang diputuskan oleh Menteri-Menteri ASEAN.
Malaysia turut membentangkan cadangan untuk anggota ASEAN meneliti Misi Bantuan Kemanusiaan (HADR) yang akan memberi manfaat kepada negara anggota dalam berdepan dengan musibah dan bencana.
Â