Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD KE-59

mindef

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025 - YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad ke-59 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira.

Sebagai Penaung Koperasi Tentera, YB Menteri turut mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 7.1% bagi tahun kewangan 2024.

Majlis turut menyaksikan pelancaran rasmi produk pembiayaan terbaharu, Raees iaitu sebuah platform pembiayaan patuh syariah yang akan diperkenalkan secara berperingkat kepada kakitangan kerajaan sebelum dibuka kepada orang awam.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada penerima Anugerah Anggota Terlama, Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan, serta Skim Insentif Kecemerlangan Akademik kepada anak-anak anggota Koperasi Tentera yang cemerlang.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my