MOSCOW, 30 Julai 2024 – YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Joint Intergovernmental Commission on Cooperation in the Field of Defence, Defence Industry and Defence Technology (JICC) yang ke-17 yang dianjurkan oleh pihak Federal Service for Military-Technical Cooperation (FSMTC).
Dalam mesyuarat berkenaan, YBhg. Datuk Seri dan Timbalan Pengarah FSMTC, Mikhail Petukhov selaku Pengerusi Bersama mewakili kerajaan Rusia dalam mesyuarat JICC telah bertukar pandangan berkenaan dengan kerjasama pertahanan dua hala, khususnya dalam usaha mempertingkatkan lagi kerjasama Industri Pertahanan. YBhg. KSU turut berkesempatan menjemput pihak Rusia untuk menyertai Pameran LIMA’25 pada tahun hadapan. Kerjasama pertahanan di antara kedua-dua negara bermula apabila Malaysia membeli pesawat MIG-29N daripada Rusia pada tahun 1995, dan seterusnya perolehan aset-aset lain yang signifikan seperti METIS-M, IGLA serta pesawat Sukhoi SU-30MKM.Â
Selain itu, kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Rusia telah diperkukuhkan menerusi pemeteraian satu memorandum persefahaman kerjasama pertahanan pada tahun 1999 yang merangkumi kerjasama pertahanan, teknologi pertahanan, industri pertahanan dan kepentingan-kepentingan lain yang saling memanfaatkan kedua-dua pihak.
Pada masa yang sama, Mesyuarat Kumpulan Kerja Industri Pertahanan ke-15 juga telah diadakan pada 29 Julai yang lalu.