KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2024 - YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 2 Tahun 2024 di Wisma Pertahanan.
Ahli mesyuarat terdiri daripada Pihak Pegawai Kementerian dan ahli-ahli bagi Pihak Pekerja yang diwakili Kesatuan Pekerja Awam ATM (KESATRIA), PERKENAN, wakil Persatuan Sekerja STRIDE dan Wakil Persatuan Sekerja JHEV.
Dalam mesyuarat, YBhg. KSU turut mengucapkan tahniah dan menyampaikan sijil penghargaan yang diterima daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) semasa Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Persekutuan dan Negeri bagi tahun 2024.Â
Penganugerahan ini diberikan kepada urus setia MBJ yang diwakili oleh Setiuasaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kerana berjaya melengkapkan pelaksanaan mesyuarat MBJ mengikut bilangan dan tempoh yang telah ditetapkan.