Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MESYUARAT MALAYSIA-ITALY JOINT COMMITTEE MEETING YANG KE-17 SERTA PERASMIAN ITALIAN-MALAYSIAN DEFENCE INDUSTRY DAY

info

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2024 - YBrs. Tuan Mohd Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan Leftenan Jeneral Giuseppe Lupoli, Director for Air Armament and Airworthiness telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Itali ke-17 (Malaysia-Italy Joint Committee Meeting) yang diadakan di Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Klang. Mesyuarat ini merupakan platform kerjasama strategik antara Malaysia dan Itali untuk membincangkan kerjasama sedia ada serta meneroka peluang baharu antara kedua-dua negara. 

Mesyuarat kali ini menumpukan kepada isu kolaborasi dalam industri pertahanan, peluang penyelidikan dalam bidang teknologi pertahanan yang sedang berkembang, serta kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Itali.

Penganjuran mesyuarat JCM ke-17 ini diadakan bersempena dengan kunjungan kapal pelbagai fungsi Tentera Laut Itali, ITS “MONTECUCCOLI,” ke Pelabuhan Klang. Dalam rangka lawatan tersebut, YBrs. Tuan Mohd Yani bin Daud telah mengadakan lawatan rasmi ke atas kapal tersebut, di mana beliau bertemu dengan Leftenan Jeneral Lupoli dan turut merasmikan majlis Italian-Malaysian Defence Industry Day.

 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my