KUALA LUMPUR, 11 Julai 2024 - YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha telah mempengerusikan Mesyuarat Pro Tem Cadangan penubuhan Gabungan Industri Pertahanan atau Coalition of Defence Industry Malaysia (CDIM) di Wisma Perwira.
Mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian Industri Pertahanan ini telah dihadiri oleh 85 orang wakil dari 30 syarikat industri pertahanan serta dengan kehadiran pegawai-pegawai MINDEF dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Â
Mesyuarat ini telah membincangkan perkara-perkara penting seperti objektif, peranan, struktur organisasi, dan hal-hal yang berkaitan dengan penubuhan CDIM. Ia juga platform bagi syarikat-syarikat industri pertahanan tempatan untuk berkolaborasi dalam projek-projek pertahanan dan meningkatkan kemahiran dan keupayaan produk tempatan (local content).
Melalui CDIM, MINDEF berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang untuk syarikat-syarikat tempatan dalam industri pertahanan untuk meningkatkan kepakaran tempatan serta menggalakkan inovasi dan pembangunan teknologi dalam negara serta menyiapkan industri pertahanan tempatan yang bersifat indigenous & self-reliance.
Â
Â