LANGKAWI, 20 Mei 2025 - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 membuka tirai edisi ke-17 bertemakan “Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan” di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) bagi sektor aeroangkasa.
Pembukaan LIMA 2025 pada kali ini disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta diiringi oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Para tetamu kenamaan dan delegasi dari dalam dan luar negara telah disambut dengan gimik perasmian melibatkan 25 buah pesawat TUDM terdiri daripada 6 buah pesawat pejuang, 5 buah pesawat pengangkut, 6 buah pesawat latihan dan 8 buah helikopter.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri I, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi; Timbalan Perdana Menteri II, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof; Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari; Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali.