POLAND, 7 April 2025 - Pegawai wanita dari Angkatan Tentera Malaysia telah diberi penghormatan dan kepercayaan sebagai salah seorang speaker diantara 84 orang speaker dari seluruh dunia yang terdiri dari Pegawai Kanan Tentera, SME dan Pemain Industri Pertahanan yang diundang khas di program Defence Leaders Forum di Warsaw, Poland pada 25 sehingga 27 Mac yang lalu.
Lt Kol Ts Dr Maimunah Omar dari MiDAS menjadi Pegawai Wanita tunggal dari benua Asia dan wakil tunggal dari ASEAN  yang diberi  kepercayaan berada  di pentas antarabangsa  tersebut bersama-sama dengan speaker dari European Union (EU), NATO, British Army, Canada dan USA.
Perkongsian yang disampaikan bertajuk 'Military and HADR Logistics in ASEAN: Challenges and Opportunities. Fokus pekongsian adalah menjurus kepada mekanisme pengendalian bencana oleh ASEAN menerusi pelbagai platform dan saluran seperti AADMER, AMRG, DELSA dan pelbagai lagi serta peranan tentera menjadi penggerak utama di dalam pengendalian dan pengurusan bencana di majoriti negara ASEAN.Â
Turut dikongsikan kerjasama dan kesepakatan ASEAN serta cabaran yang ditangani bersama. Beliau juga memaklumkan  koloborasi yang diadakan bersama EU menerusi ESIWA (Enhancing Security Cooperation in and with Asia), German Armed Forces dan MiDAS dimana satu seminar dan bengkel Pengurusan Bencana bersama ASEAN akan diadakan pada September ini di Kuala Lumpur.
Pemilihan Lt Kol Ts Dr Maimunah Omar oleh pihak penganjur adalah susulan daripada penglibatan cemerlang beliau sebagai salah seorang speaker semasa seminar dan bengkel Five Power Defence Arrangement (FPDA) – Logistic Group dan FPDA Working Group yang diadakan pada tahun lalu.