Kuala Lumpur, 26 November 2024 - Hari ini telah berlangsungnya Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat Askar Wataniah oleh Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin di Wisma Pertahanan.
Pemakaian pangkat Mejar Jeneral (Kehormat) telah dianugerahkan kepada YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sebagai Pengerusi Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Se-Malaysia (SPJP).
Pada masa yang sama, YAB Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dato’ Paduka Prof Dr Fng Ah Seng turut dianugerahkan pemakaian pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) bagi negeri Terengganu dan Pulau Pinang.