KUALA LUMPUR, 25 Julai 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara UiTM Energy & Facilities Sdn Bhd (UEFSB) dan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) di Royale Chulan.
Â
YB Menteri Pertahanan merupakan pelaksana dasar yang sentiasa mengetengahkan isu kelestarian tenaga yang boleh diperbaharui agar ianya digunapakai dan dijadikan sebahagian daripada inisiatif kepelbagaian tenaga atau energy mix. Kolaborasi ini adalah bukti untuk mencapai matlamat tenaga rendah karbon, mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan tenaga bersih.
Ianya juga sebagai langkah permulaan bagi perjalanan transformatif dari segi Renewable Energy (RE) dengan penggunaan sistem solar fotovoltaik di 35 stesen BHPetrol yang terpilih di Semenanjung Malaysia.