PARIS, 4 November 2024 - YBrs Tuan Mohd Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan, telah menerima Darjah Kebesaran Chevalier of the Legion of Honour (Chevalier de la Légion d'Honneur) daripada Kerajaan Perancis atas sumbangan beliau dalam mempereratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Perancis.Â
Darjah Kebesaran berkenaan telah disampaikan oleh Mrs Alice Rufo, Director General for International Relations and Strategy, Ministry for the Armed Forces, bagi pihak Presiden Perancis di Paris. Satu mesyuarat pertahanan dua hala juga telah diadakan bersama dengan Mrs Rufo selepas majlis penganugerahan berkenaan.
Pengiktirafan ini mencerminkan hubungan baik kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Perancis. Malaysia berkomited untuk mengekalkan hubungan pertahanan yang erat dengan negara Perancis, seperti mana yang ditekankan dalam Tonggak Strategi Pertahanan Negara Ketiga iaitu Perkongsian Berwibawa dalam Kertas Putih Pertahanan yang menekankan hubungan pertahanan antarabangsa dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan serantau, dan keamanan sejagat.
Â