SUBANG, 6 November 2024 - Seramai 220 Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 kumpulan pertama berlepas ke Lubnan bagi menjalankan misi pengaman di sana.Â
Dalam masa yang sama, Upacara Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kontinjen MALBATT 850-12 UNIFIL dan Majlis Penyerahan Bendera Malaysia telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin di Pangkalan Udara Subang.Â
MALBATT 850-12 berkekuatan seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari ABDB serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan.
Turut terlibat adalah wakil ketiga-tiga perkhidmatan, wakil Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), wakil anggota wanita dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Atur gerak Kontinjen MALBATT 850-12 akan dilaksanakan secara berperingkat dengan menggunakan pesawat BATIK AIR melibatkan penghantaran Kontinjen MALBATT 850-12 dan membawa pulang Kontinjen MALBATT 850-11 yang telah berkhidmat selama 12 bulan.
Pegawai dan anggota MALBATT 850-12 adalah antara yang terpilih dan telah bersiap sedia menggalas segala tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan Malaysia di bawah UNIFIL.
Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman; Ketua Setiausaha, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai kanan MINDEF dan ATM.
Â