MYANMAR, 22 April 2025 – Operasi Bantuan Kemanusiaan melalui Angkatan Tentera Malaysia mula digerakkan dengan menubuhkan Hospital Medan Malaysia (HMM) Tahap Dua yang diuruskan oleh Op STARLIGHT III di daerah Sagaing Myanmar yang terjejas akibat bencana gempa bumi yang melanda pada 28 Mac yang lalu.Â
HMM ini boleh memuatkan kapasiti sebanyak 20 buah katil dilengkapi dengan kemudahan seperti wad, bilik pembedahan, unit rawatan rapi, radiologi, makmal dan menawarkan dua kepakaran iaitu pembedahan am dan ortopedik. Selain itu, ia berkeupayaan untuk melaksanakan pelbagai bentuk rawatan kritikal, termasuk prosedur pembedahan secara serentak pada satu-satu masa dan penjagaan pesakit secara menyeluruh.Â
Turut disediakan perkhidmatan klinik pesakit luar dengan jangkaan 80 ke 100 pesakit dari kalangan penduduk sekitar. Kekuatan HMM ini juga dibantu oleh 3 Pegawai Perubatan dari Hospital Sagaing.
Usaha Malaysia menubuhkan HMM ini telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada kerajaan dan penduduk tempatan atas sumbangan besar yang membawa makna kepada mereka yang terjejas akibat bencana gempa bumi.