PUTRAJAYA, 31 Ogos 2024 - Sambutan Hari Kebangsaan 2024 turut dimeriahkan dengan acara perbarisan dan perarakan kontinjen Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada 2,076 pegawai dan anggota. Sebanyak 140 aset kenderaan dan haiwan turut terlibat dalam sambutan ini. Antara aset yang terlibat ialah Kenderaan Perisai Lipan Bara, Kereta Perisai Gempita, Aset Hybrid Tentera Darat, High End Military Watercraft dan lain-lain.
Selain itu, ruang udara di Putrajaya juga turut dimeriahkan dengan pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. Turut serta juga dalam perarakan ini adalah kontinjen misi PBB yang terdiri daripada 207 anggota.
Sesungguhnya, kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 67 tahun ini merupakan hasil perjuangan yang penuh pengorbanan, dan ia telah menjadi asas kepada perpaduan serta keharmonian yang kita nikmati sebagai satu bangsa yang bersatu padu. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-67!