KUALA LUMPUR, 12 November 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyempurnakan Perasmian Sambutan Hari Integriti Nasional 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia di Wisma Pertahanan.
Majlis perasmian ini dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, yang menyaksikan sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali di hadapan 450 warga kerja Kementerian Pertahanan mewakili perkhidmatan awam serta perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Â
Dalam pada masa yang sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut menandatangani Ikrar Bebas Rasuah serta disaksikan oleh Menteri Pertahanan.
Sebagai galakan pembudayaan integriti secara kreatif dan inovatif, Sambutan ini juga diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya Selfie Integriti, Tiktok Integriti, Teka Silang Kata, Kuiz Kahoot sepanjang tempoh bulan November serta sesi tayangan integriti yang akan diadakan pada 13 November 2024.
Kementerian Pertahanan berhasrat untuk memperkukuhkan tatakelola dan membendung isu salah laku terutama gejala rasuah di kalangan warga Kementerian dengan menerapkan pelbagai program pengukuhan. Pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan dalam menyahut hasrat Kerajaan Malaysia MADANI dalam menambahbaik tadbir urus pengurusan di Kementerian ini.
Â