NEGERI SEMBILAN, 15 Sept 2024 - Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 200/2024 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson.
Seramai 1,144 Perajurit Muda telah berjaya menamatkan latihan setelah menjalani latihan pada 8 Mac hingga 15 September 2024 Â di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).
Latihan Perajurit Muda bertujuan untuk melatih dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan asas ketenteraan serta kemahiran sebagai seorang anggota tentera sebelum diserapkan dalam pelbagai Kor dan Rejimen dalam Tentera Darat.
PM Ahmad Hasnain Makhluf bin Azizul Hakim dari Kompeni Alphayang telah dianugerahkan sebagai Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik. Manakala PM Muhammad Fazreen bin Hashimdari Kompeni Alpha pula telah dianugerahkan Perajurit Muda Akademik Terbaik.
Bagi Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik pula telah dianugerahkan kepada PM Esthen Alvin Yapdari dari Kompeni Alpha dan Perajurit Muda Kawad Terbaik pula dianugerahkan kepada PM Mohamad Syafiq Syahmi bin Mohd Khairul dari Kompeni Charlie.
Selain itu, Perajurit Muda Ketenteraan Terbaik pula telah dianugerahkan kepada PM Muhammad Rozairi bin Mohd Rafidari Kompeni Hotel.