KUALA LUMPUR, 25 Februari 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 1/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (515 AW) hari ini.
Â
PLKN 3.0 Siri 1/2025 telah berakhir selepas 45 hari latihan intensif yang bermula dari 12 Januari hingga 25 Februari 2025 di Kem Rejimen 515 AW. Seramai 116 pelatih yang terdiri daripada 73 lelaki dan 43 wanita berusia 18 hingga 25 tahun telah mengikuti latihan ini secara sukarela, mencerminkan kepelbagaian kaum, agama dan lokaliti.
Â
Sepanjang program, pelatih didedahkan dengan modul latihan yang seimbang, merangkumi 70% latihan asas ketenteraan dan 30% komponen kenegaraan. Pendekatan ini bertujuan membentuk generasi muda yang berdisiplin, bermotivasi, serta memiliki semangat patriotik yang tinggi. Selain itu, program ini turut menanamkan kesedaran sivik, nilai-nilai murni, semangat perpaduan dan budaya kesukarelawan dalam kalangan pelatih.