Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PERSIDANGAN SEOUL DEFENSE DIALOGUE 2024

info

REPUBLIK KOREA, 11 September 2024 – YB Khaled Nordin Menteri Pertahanan telah memulakan persidangan Seoul Defense Dialogue (SDD) 2024 bermula hari ini melibatkan 900 penyertaan delegasi dari 64 negara yang menjadi platform antarabangsa dalam menangani isu-isu pertahanan dan keselamatan global.

SDD 2024 memberi tumpuan kepada "International Cooperation Beyond Global Security Challenges" berikutan ketidaktentuan global yang membangkitkan kebimbangan dalam komuniti antarabangsa. Cabaran ini memerlukan peningkatan kerjasama termasuklah soal inisiatif diplomatik dan keselamatan baharu. 

Malaysia tidak terkecuali dalam menangani ancaman peperangan dan serangan siber yang semakin meningkat. Susulan daripada itu, Malaysia terus mengambil langkah untuk meningkatkan keupayaan dalam menangani isu ini. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my