KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan Prof. Dr. Haluk Görgün, Presiden Secretariat of Defence Industries (SSB), Republik Türkiye dan delegasi di ibu negara. Pertemuan ini merupakan susulan daripada kunjungan Menteri Pertahanan ke pejabat SSB, Ankara pada Jun yang lalu.
SSB adalah institusi yang diletakkan di bawah Pejabat Presiden Republik Türkiye yang berperanan menguruskan industri pertahanan negaranya. Republik Türkiye sebelum ini telah menyatakan kesediaan negara tersebut dalam membantu membangunkan industri pertahanan negara. Pertemuan turut membincangkan soal kemajuan semasa projek ANKA Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial Systems (MALE UAS), pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan bersama universiti tempatan di bawah Industry Collaboration Programme (ICP) perolehan ANKA tersebut.
Semoga hubungan yang erat ini dapat terus membuka peluang kerjasama dan kolaborasi yang membolehkan Malaysia membangunkan industri pertahanan ke tahap yang baik pada masa akan datang, seperti Republik Türkiye.