PULAU PINANG, 25 Februari 2025 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan YB Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei sempena Permukiman ADMM 2025.
Â
Dalam pertemuan ini, YB Menteri Pertahanan mengalu-alukan delegasi Brunei dan menekankan kepentingan kerjasama pertahanan serta solidariti serantau. Beliau turut menghargai hubungan erat kedua-dua negara, termasuk penyertaan Brunei dalam misi pengaman di Lubnan bersama MALBATT.
Â
Sebagai tanda penghargaan, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan Brunei dan berharap mesyuarat sepanjang Permukiman ini menghasilkan keputusan yang bermakna.