KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia telah mengadakan pertemuan dua-hala dengan rakan sejawat beliau iaitu T.Y.T Ma Feixiong, Timbalan Menteri Hal Ehwal Veteran Republik Rakyat China di Wisma Perwira sebentar tadi.
 Â
Bersempena dengan sambutan ke-50 tahun hubungan antara Malaysia dan China, pertemuan ini telah membincangkan mengenai kerjasama dalam bidang pertahanan yang boleh diterokai antara kedua-dua negara di masa hadapan. Selain itu, kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai pengurusan dan kebajikan hal ehwal veteran.Â
Pada masa yang sama, T.Y.T Ma turut mengalu-alukan kedatangan YB Adly ke Xiangshan Forum pada 12 hingga 14 September di Beijing, China di mana YB Adly akan menyampaikan ucaptama di forum tersebut.