Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PERTEMUAN DUA HALA MALAYSIA DAN BRUNEI PERKUKUH HUBUNGAN PERTAHANAN

mindef

JEPUN, 11 Februari 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam, YBhg. Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin.
 
Dalam pertemuan ini, YBhg. Ketua Setiausaha telah membincangkan mengenai kerjasama pertahanan dua Hala dan pelbagai hala khususnya melibatkan inisiatif Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025 bagi ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) dan ADMM-Plus. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Brunei atas kerjasama dan sokongan terhadap Malaysia dalam ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting Working Group (ADSOM WG) dan ADSOM Plus WG yang telah diadakan di Pulau Pinang pada Januari lalu.
 
Selain itu, jemputan turut dipanjangkan kepada Brunei untuk menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama pertahanan serta solidariti serantau di peringkat ASEAN.
 
Pertemuan ini diadakan sempena penganjuran 14th Japan-ASEAN Defence Vice Ministerial Forum. Pertemuan ini turut menjadi platform strategik bagi kedua-dua negara untuk membincangkan usaha bersama dalam mendepani cabaran keselamatan serantau.
Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my