Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PERTEMUAN DUA HALA MALAYSIA-VIETNAM PERKUKUH HUBUNGAN PERTAHANAN

mindef

JEPUN, 11 Februari 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Menteri Pertahanan Nasional Republik Sosialis Vietnam, TYT Senior Lieutenant General Hoang Xuan Chien.
 
Dalam pertemuan ini, YBhg. Ketua Setiausaha merakamkan penghargaan kepada delegasi Vietnam atas kerjasama erat dan sokongan ke atas inisiatif yang dibentangkan oleh Malaysia semasa Mesyuarat ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting Working Group (ADSOM WG) dan ADSOM-Plus WG pada bulan Januari lalu. Beliau turut mengalu-alukan penyertaan Vietnam ke Sesi Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Pulau Pinang hujung bulan ini sebagai salah satu usaha ke arah memperkukuh hubungan pertahanan kedua-dua negara.
 
YBhg. Ketua Setiausaha turut menjemput Vietnam untuk menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperluas kerjasama pertahanan di peringkat serantau.
 
Pertemuan ini diadakan sempena penganjuran 14th Japan-ASEAN Defence Vice Ministerial Forum. Pertemuan ini turut menjadi platform strategik bagi kedua-dua negara untuk membincangkan usaha bersama dalam mendepani cabaran keselamatan serantau.
Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my