KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 - Mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara Kanan, Kementerian Tenaga Manusia & Kementerian Pertahanan Singapura, TYT Zaqy Mohamad di ibu negara hari ini. Beliau kini berada di Malaysia mengiringi Menteri Kanan Singapura TYT Lee Hsien Loong yang kini sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia.
Pelbagai perkara telah dibincangkan, antaranya mengenai kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, perkembangan keselamatan di rantau asia tenggara, cabaran diplomasi pertahanan khususnya dengan kuasa-kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat serta pengaruh teknologi terhadap strategi ketenteraan masa hadapan.Â
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pelaksanaan Program Khidmat Negara dan kepentingan pasukan simpanan ketenteraan dalam menyokong pertahanan negara.
Malaysia turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan aspirasi negara dalam menjayakan kepengerusian ASEAN 2025. Semoga hubungan baik antara Malaysia dan Singapura dapat terus diperkukuh, termasuklah dalam sektor pertahanan.