KUALA LUMPUR, 16 Januari 2025 – YB Dato’ Seri Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2025 kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM di Dewan Perkara, Wisma Perwira ATM.
Perutusan yang disampaikan oleh YB Menteri Pertahanan ini turut dihadiri kira-kira 800 orang kakitangan awam dan ATM secara fizikal dan 50 buah kem-kem ATM meliputi Formasi Tentera Darat, Markas Tentera Laut, serta Markas Tentera Udara dari seluruh negara secara atas talian menerusi aplikasi zoom.
Â
Majlis ini turut menyaksikan pelancaran portal Libat Urus Awam Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN). Portal ini adalah merupakan salah satu penambahbaikan dalam industri pertahanan melalui pengumpulan pandangan dan cadangan pemegang taruh dengan lebih inklusif dan holistik.
Dalam pada itu, terdapat Sesi Penyerahan Sijil Net Energy Metering (NEM) Solar oleh Jabatan Kerja Raya kepada MINDEF dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sinergi Strategik Koperasi Tentera dan Kementerian Pertahanan.Â
YB Menteri Pertahanan dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada warga Kementerian Pertahanan dan ATM atas sumbangan, kesungguhan dan komitmen berterusan yang telah diberikan.Â
Beliau turut mengajak seluruh warga untuk bersama-sama menanam azam dan iltizam yang selari dengan nada dan nadi keperluan pertahanan Malaysia.Â
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Ketua Setiausaha, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan Awam dan ATM.