SABAH, 10 Oktober 2024 - Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) Kementerian Pertahanan Siri 3/2024 telah berjaya diadakan di Dewan Sepanggar, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, Sabah.Â
Penganjuran ini merupakan platform secara terus kepada pelanggan sebagai One Stop Centre melalui perkhidmatan yang ditawarkan seterusnya menyelesaikan permasalahan dan aduan pelanggan melalui perkhidmatan kaunter sesi soal jawab selain mendapatkan maklum balas serta cadangan dari pengunjung yang hadir.Â
Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya perkhidmatan kebajikan kepada warga ATM, Koperasi Tentera, KAGAT, PERHEBAT, UGAT dan PERNAMA. Terdapat juga penglibatan daripada agensi luar seperti program derma darah dari Hospital Queen Elizabeth II, LPPSA, dan Tabung Haji.
Pameran senjata ringan oleh MK TD dan taklimat kesihatan mental oleh Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah turut dilaksanakan di dalam program ini.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan.