Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM JALINAN INDUSTRI ANTARA KEMENTERIAN PERTAHANAN (MINDEF) DAN MIMOS BERHAD BERTEMAKAN “EMERGING TECHNOLOGIES – THE NEXT GENERATION DIGITAL”

mindef

BUKIT JALIL, 17 Jun 2026 – Program Jalinan Industri antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan MIMOS Berhad bertemakan “Emerging Technologies – The Next Generation Digital” telah berlangsung di ibu pejabat MIMOS, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil.

Delegasi MINDEF diketuai oleh YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) merangkap Chief Digital Officer MINDEF. Seramai 36 orang pegawai awam dari pelbagai peringkat kementerian, jabatan, agensi serta perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk wakil Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM turut menyertai program tersebut.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Dr. Saat Shukri Embong, Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS merangkap Pemangku Pengerusi Kumpulan MIMOS Berhad. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang teknologi baharu muncul (emerging technologies), khususnya Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI). Dalam sesi yang berlangsung, MIMOS telah berkongsi pembangunan teknologi terkini yang sedang dibangunkan, dengan penekanan kepada potensi penerapan dalam sektor pertahanan.

Ia juga selari dengan aspirasi pendigitalan MINDEF melalui Pelan Strategik Pendigitalan MINDEF (2021–2025) di bawah Teras 2, Inisiatif 2, iaitu peluasan perkhidmatan teknologi baharu muncul melalui pelaksanaan program kesedaran berkaitan Teknologi Revolusi Industri Keempat (4IR). Selain itu, program ini juga turut menyokong hasrat untuk merangka Blueprint Artificial Intelligence MINDEF bagi memperkasa daya saing pertahanan negara dalam era digital.

Program ini turut membuka ruang untuk menjalin kerjasama strategik antara MINDEF dan MIMOS dalam pembangunan serta pemindahan teknologi tempatan yang berimpak tinggi bagi kegunaan sektor keselamatan dan pertahanan negara.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my