Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI NEGERI JOHOR

info

Johor, 15 Julai 2024 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kampung Baru Pasak, Kota Tinggi, sempena Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan.

Semasa lawatan, Ketua Setiausaha telah menerima taklimat berkenaan projek-projek pembangunan dan menaik taraf serta dibawa melawat ke beberapa tapak cadangan projek. Bagi menyahut inisiatif ini, MINDEF telah merangka 10 inisiatif khusus bagi penduduk di Kampung Baru Pasak, Kota Tinggi dan menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM2.5 Juta.

Kesan daripada pelaksanaan ini juga, sebanyak 152 buah keluarga dan seramai 600 orang isi rumah akan menerima manfaat yang dijangka selesai pada Disember 2024. 
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha berkesempatan melawat dua rumah Veteran ATM yang memerlukan bantuan baik pulih infrastruktur kediaman mereka.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my