JOHOR, 5 September 2024 – Sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melancarkan Program Peduli Veteran Madani (PVM) di Mersing.Â
Program yang berlangsung dari 4 hingga 5 September ini bertujuan menyantuni para veteran yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam mempertahankan negara.
Dalam program tersebut, YB Adly turut melawat dan menyantuni 12 Veteran ATM yang sedang uzur dan menghidap penyakit kronik. Antara mereka, dua orang merupakan veteran usahawan yang mengusahakan perniagaan kedai makan dan pemprosesan ayam segar.Â
Sebanyak 300 Bakul Rahmah juga telah diagihkan kepada persatuan veteran setempat, khususnya kepada golongan veteran asnaf, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membantu mereka yang memerlukan.
Selari dengan Teras ke-6 Dasar Madani iaitu ‘Ihsan’, kerajaan menunjukkan komitmen kukuh dengan meningkatkan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) daripada RM118 juta kepada RM244 juta pada tahun 2024. Peningkatan ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada Veteran ATM.