PAHANG, 12 Mei 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah meneruskan lawatan kebajikan hari kedua dengan menyantuni Veteran ATM di daerah Kuala Lipis menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM).
YB Adly memulakan lawatan hari ini dengan menyantuni 16 orang Veteran ATM yang terdiri daripada golongan asnaf dan sakit kronik.
Selain itu, YB Adly turut menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) serta menyampaikan sumbangan peralatan perniagaan kepada usahawan Veteran ATM.
Usaha ini menyokong inisiatif Pelan Strategik MINDEF 2021-2025: Teras 7 – Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM. Kementerian Pertahanan turut komited dalam memperkukuh Peningkatan Taraf Sosioekonomi melalui inisiatif Program Outreach Veteran ATM khususnya lawatan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti.