LANGKAWI, 23 Mei 2025 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah meluangkan masa bertemu dengan veteran ATM di sekitar Langkawi menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) 2025 yang sedang berlangung bermula 20 hingga 24 Mei 2025.
Beliau berkesempatan menyantuni tujuh veteran ATM Langkawi dari pelbagai latar belakang termasuk veteran hilang upaya, sakit kronik, balu dan usahawan. YB Adly turut berbesar hati menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM), menyampaikan kad veteran ATM, bantuan peralatan kesihatan dan peralatan kemudahan kepada usahawan veteran ATM yang dilawati.
PVM juga turut mendukung usaha memperkukuh kerjasama awam dan tentera melalui Civil Military Corporation (CIMIC) iaitu mempertingkatkan daya ketahanan dalam negara melalui Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dengan menggunakan pendekatan Keseluruhan Kerajaan dan Keseluruhan Masyarakat (WoGoS).