PAHANG, 12 Mei 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan lawatan kebajikan serta menyantuni Veteran ATM di Negeri Pahang menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM).
Lawatan ini dimulai dengan menyatuni 14 orang Veteran ATM yang terdiri daripada golongan asnaf dan sakit kronik.
Selain itu, YB Adly turut menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada tiga orang balu mewakili Allahyarham suami masing-masing serta menyampaikan sumbangan peralatan perniagaan kepada usahawan Veteran ATM.
Pelaksanaan Program PVM juga adalah sebagai salah satu program kemasyarakatan yang digarap melalui persefahaman dan kerjasama awam dan swasta sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesejahteraan Veteran ATM.