Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM PEDULI VETERAN MADANI (PVM) PERINGKAT DAERAH KUCHING, SARAWAK

info

SARAWAK, 26 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari mengakhiri siri lawatan Program Peduli Veteran Madani (PVM) ke Negeri Sarawak dan yang terakhir di daerah Kuching.


YB Adly berpeluang menyantuni 10 orang Veteran ATM yang sedang uzur dan sakit kronik serta seorang Veteran ATM yang mengusahakan perniagaan kedai makan. Di samping itu, beliau turut menyampaikan bantuan bakul rahmah kepada Veteran ATM yang terjejas dan memerlukan bantuan. 

Inisiatif PVM bertindak sebagai medan untuk interaksi secara dua hala antara Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM melibatkan 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan ekonomi veteran ATM. 


PVM akan terus menjadi platform Kementerian untuk menyampaikan sumbangan kebajikan dan insentif keusahawanan kepada Veteran ATM yang memerlukan sebagai galakan untuk memperkasakan sosioekonomi mereka. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my