Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM PEDULI VETERAN PERINGKAT NEGERI KEDAH

infoLANGKAWI, 3 Mac 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah memulakan siri Program Peduli Veteran (PPV) bagi tahun 2024 di peringkat Negeri Kedah. PPV ini akan terus menumpukan kepada 5 aspek utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan.

YB Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni 4 orang Veteran ATM tidak berpencen yang di antaranya mengalami sakit kritikal, uzur serta hidup dalam keadaan tidak berkemampuan serta memerlukan bantuan.

Seterusnya, beliau berkesempatan menjejak usahawan Veteran ATM yang menceburi bidang perniagaan sebagai usaha penyampaian bantuan serta mempromosikan produk dan perkhidmatan yang dipasarkan. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my