Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN VETERAN ATM DAN PROGRAM PEDULI VETERAN MADANI DI KELANTAN

info

KELANTAN, 21 September 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah mengadakan jelajah ke beberapa daerah di Kelantan untuk menyempurnakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) dan Program Peduli Veteran Madani (PVM) bermula 19 hingga 21 September 2024. 

Dalam program PUVET ini, YB Adly telah bertemu usahawan dari kalangan Veteran yang menceburi bidang perniagaan. Program ini memfokuskan kepada pemerkasaan veteran dalam kerjaya kedua khususnya usahawan veteran dalam kelompok B40 untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Seterusnya, beliau meneruskan jelajah Program Peduli Veteran Madani dengan menyantuni Veteran ATM di beberapa daerah di Kelantan.

Dalam pada itu, YB Adly turut mengadakan lawatan ke Program Hari Bertemu Veteran Desa Madani di Dewan Sri Rantau Panjang. 

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di program ini antaranya pemeriksaan kesihatan am oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JHEV ATM serta sesi khas YB Adly Zahari bertemu Veteran ATM dan rakyat.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my