Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN VETERAN ATM NEGERI PERAK

info

Perak, 6 Julai 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan PUVET ATM peringkat negeri Perak.

PUVET ATM berperanan sebagai Pemudahcara dan Penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka.

Dalam program ini, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM170,000.00 kepada 34 Usahawan Veteran ATM di sekitar negeri Perak. Sehingga Julai tahun ini, seramai 54 veteran telah berjaya memperoleh geran tersebut. 

Manfaat PUVET ATM akan diperluaskan ke seluruh negara untuk mengenalpasti dan memadankan bentuk bantuan serta bimbingan keusahawanan yang diperlukan oleh veteran.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my